Jangan Mintak Kereta Dulu

Jangan Mintak Kereta Dulu

  1. Bila anak kita mula kerja dan gajinya RM2000 sahaja, ia belum besar mana sebenarnya.
  2. Jika kita sebagai mak tetiba cakap pada anak nak merasa pakai Pesona, anak serba salah nak tunaikan atau buat buat diam sahaja.
  3. Bila kita asik bercerita dan sesekali sindir “Untung lah Kak Mah tu, dah la dapat cincin anak belikan Pesona baru lagi”. Jiwa anak kita sentap juga nanti. sebagai anak mereka mesti nak beli
  4. Jika mereka beli Pesona baru dan beri pada kita, ansuran bulanan telan RM565 dari gaji mereka. Bank beri punya!
  5. Bagi gaji RM2000 biasanya bank beri 40% dari gaji untuk bina hutang baru. RM800-RM565=RM235 baki boleh buat hutang lagi! Nak beli rumah jangan mimpi.
  6. Gaji itu belum tolak KWSP (RM220), SOCCO, PTPTN (RM150) lagi, jika tolak PTPTN lebih sedih tengok slip gaji.
  7. Gaji berbaki RM935 sebulan! Belum tolak makan, tambang, (baju jangan beli duit tak cukup), simpanan 10% gaji janganlah mimpi.
  8. Jika makan sehari RM15, sebulan RM450 belanja makan. Bil telefon dan data katalah RM100 sebulan. Baki dalam tangan dah jadi RM385 sahaja! Tambang LRT berapa?
  9. Semua anak ada impian balas jasa ibubapa mereka, berilah mereka sedikit ruang bernafas bila mula kerja, jangan cepat meminta minta.
  10. Jangan sindir mereka atau bandingkan dengan anak jiran tetangga, mereka takut dituduh anak derhaka. Mereka berusaha bahagiakan kita.
  11. Mereka akan tanggung hutang Pesona 9 tahun kedepan, jika tamat belajar usia 21 tahun umur 30 baru selesai hutang kereta. Bila nak kumpul duit beli rumah pertama?
  12. Ini antara punca mereka mudah terjebak dengan skim cepat kaya sebab kita tak sabar sabar nak mintak ‘mereka bayar’ budi yang kita laburkan.
  13. Anak anak adalah tanggungjawab kita, bukan kita bela untuk mintak balas budi mereka. Kita sepatutnya mintak doa agar kita sejahtera dalam kubur nantinya.

Didik anak kita beli rumah diawal zaman kerja bukan beli kereta.

 

Kredit: Azizul Azli Ahmad